Thursday, 30 March 2017

KELAYAKAN SEORANG PENTERJEMAH





Untuk menjadi seorang penterjemah bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak perkara perlu diteliti dan diberi perhatian. Menjadi seorang penterjemah perlu mahir tentang bahasa Sumber dan bahasa Sasaran.

Syarat utama ingin bergelar seorang penterjemah ialah;

- Mengetahui bahasa sumber dan bahasa sasaran.
- Memahami dan mengetahui topik atau subjek yang akan diterjemah.
- Mengetahui tentang teori terjemahan.
- Mengetahui sasaran atau khalayak yang akan membaca terjemahan yang dibuat.


* posted by sufi aina bt sadri


OBJEKTIF PENUBUHAN BLOG




Antara tujuan penubuhan blog ini adalah

1. Sebagai memenuhi keperluan kursus PPPJ1213 iaitu subjek Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1.
2. Untuk berkongsi maklumat yang terdapat dalam melakukan proses penterjemahan ke bahasa asing.
3. Menjelaskan budaya yang terkandung dalam teks terjemahan dan perbezaan-perbezaan yang ada.
4. Menerokai keserasian bahasa ibunda dengan bahasa asing yang lain.
5. Mengenalpasti kaedah-kaedah yang digunakan dalam menterjemah.


Terjemahan dari sudut bahasa berasal daripada kata arab "tarjama", yutarjimu, tarjamah. Menurut kamus Dewan (1993) halaman 1351, makna terjemah ialah memindahkan karangan atau penulisan daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lainiaitu mengalihbahasakan. Terdapat pelbagai takrifan mengenai terjemahan ini. Sebagai kesimpulan, terjemahan adalah satu proses pemindahan maklumat teks, makna dan budaya daripada bahasa sumber ke bahasa sasaran dengan menggunakan padanan yang sesuai




* posted by sufi aina bt sadri

PROFILE AHLI KUMPULAN

                                                             





Syahidrul Ashraff Bin Zamri

Berasal dari Segamat, Johor

Anak sulung dari tiga orang adik beradik

Pendidikan awal di SRAB Segamat

Kemudian di SMA Parit Raja, Batu Pahat

SMKA Segamat, Johor

UKM, Bangi.


                                                     



Ku Nursabrina Binti Ku Md. Akhir

Berasal dari Alor Setar, Kedah

Anak bongsu daripada empat adik-beradik

Mendapat pendidikan awal di SK Tunku Raudzah

 seterusnya di SMK Sultanah Bahiyah dan SMK Agama Kedah
 
dan kini menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.




                                                        




Khairatul Madiha Binti Maslan

Berasal dari Shah Alam, Selangor

Tarikh lahir 2 Mac 1996

Lepasan STPM di SAMT Sultan Hisamuddin, Klang.



     


Sufi Aina Binti Sadri 

Berasal dari Klang, Selangor

Lepasan STPM di SAMT Sultan Hisamuddin, Klang







SHERLOCK HOLMES' GAME

Pada minggu kedua akhir tutorial Terjemahan Arab-Melayu-Arab I yang dikendalikan oleh ustazah Firuz Akhtar, kami dikehendaki oleh ustazah un...