Hai bersua lagi antum sekalian.
Alhamdulillah perjalanan sebagai pencari ilmu hari ini smooth ja..mana tak smooth nya kelas dua jam jadi setengah jam ja harini. Dalam hati ni dah menjerit, melompat-lompat keriangan dah bila lecturer lepas awal hurey gitu๐
Jadi dengan rasa gembiranya ana pun bercadang nak menulislah sedikit sementara mood tengah elok ni. Betapa pulak dalam PTSL yang serba indah dan sejuk ni kan, ada lah aura dia datang sikit. Okey tak payah nak mukadimah panjang lebar, petang ni ana nak berkongsi dengan antum semua fasal Kaedah Terjemahan dalam kuliah sebulan yang lalu.๐
Dalam terjemahan ni dia ada beberapa kaedah, tapi ana hanya nak petik seorang tokoh sarjana dalam bidang terjemahan iaitu Mildred L. Larson. Kalau antum semua ingat lagi kita dah pun 'jumpa' dengan tokoh ni dalam tutorial minggu pertama dulu.
Mildred L. Larson, beliau telah membahagikan terjemahan kepada dua iaitu
- Terjemahan Literal (terjemahan harfiah)
- Terjemahan Idiomatik (terjemahan makna)
A) TERJEMAHAN LITERAL
Terjemahan literal juga dipanggil sebagai terjemahan harfiah iaitu terjemahan yang bergantung sepenuhnya pada bentuk teks bahasa asal dan cuba untuk menghasilkan bentuk tersebut pada teks bahasa sasaran.
Proses ini sangat berguna dalam proses mempelajari bahasa asing. Di bawah ini disertakan sekali contoh terjemahan literal agar antum semua boleh nampak dengan lebih jelas lagi.
Contoh Terjemahan Literal
Teks Bahasa Sumber (bahasa asal) (Bahasa Papua New Guinea)
= kan daro
Terjemahan Literal
- Bahasa Inggeris = Your-name call!
- Bahasa Arab = Ismak sih bih!
- Bahasa Arab = Ismak sih bih!
Alternatif
- Bahasa Inggeris = What is your name?
- Bahasa Arab = Ma ismuka?
- Bahasa Inggeris = What is your name?
- Bahasa Arab = Ma ismuka?
B) TERJEMAHAN IDIOMATIK
Terjemahan idiomatik ialah terjemahan yang bergantung pada makna teks bahasa sumber.
Dalam kaedah terjemahan jenis ini, para penterjemah perlu berusaha untuk mengekalkan makna teks bahasa sumber dan cuba memindahkan bahasa tersebut ke bahasa sasaran secara natural.
Dalam kaedah terjemahan jenis ini, para penterjemah perlu berusaha untuk mengekalkan makna teks bahasa sumber dan cuba memindahkan bahasa tersebut ke bahasa sasaran secara natural.
Penterjemah juga tidak boleh konsisten dalam menggunakan terjemahan idiomatik kepada keseluruhan teks bahasa sumber. Ada ketika, mereka juga turut menggunakan terjemahan harfiah.
Ada juga di kalangan penterjemah yang menggunakan kaedah yang terlalu bebas sehingga ia tidak boleh diterima sebagai terjemahan.
Setakat itu sahaja perkongsian ana untuk hari ini. Semoga apa yang dikongsikan ini bermanfaat untuk semua.
Assalamualaikum.
*posted by : ku nursabrina binti ku md. akhir ๐ต
No comments:
Post a Comment