Assalamualaikum w.b.t
Hari Jumaat yang penuh barakah ni ana cuma nak kongsi satu perkongsian ringkas sahaja mengenai laras bahasa👇. Secara jujurnya agak membosankan tapi baca lah antum semua sambil menguap hahaha😜
Laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa
mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa sama ada secara lisan atau
tulisan. Laras bahasa akan sentiasa berubah-ubah mengikut fungsi dan keadaan
setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah menggunakan struktur
ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu.
Laras bahasa terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah ;
Laras bahasa biasa
·
Tidak
melibatkan sebarang bidang ilmu
·
Struktur
ayat yang mudah, ringkas
·
Laras
bahasa biasa = formal & tak formal
Laras perniagaan
·
Menggunakan
retorik pujukan dan bahasa pengaruhan
Laras bahasa sains
·
Bersifat
saintifik, intelektual, formal
·
Mementingkan
ketepatan fakta
Laras bahasa media massa
·
Tidak
mementingkan gaya atau nahu
·
Menggunakan
bahasa yang mudah, jelas, ringkas, tepat dan padat
Laras bahasa rencana
·
Bersifat
umum, mudah difahami
·
Bersifat
melaporkan sesuatu kepada pembaca
Laras bahasa undang-undang
·
Mempunyai
ciri-ciri kelainan tersendiri iaitu tidak mempunyai gambar, jadual atau simbol
dan sebagainya.
·
Struktur
ayat terdiri daripada prinsip-prinsip undang yang diikuti oleh syarat-syarat
dan diakhiri oleh keputusan undang-undang.
·
Tidak mementingkan struktur ayat tetapi
mementingkan kepersisan dan kejelasan, bersifat objektif, terperinci,, tepat
dan padat.
Laras bahasa agama
·
Membincangkan
isu agama.
· Menggunakan
istilah agama yang dipinjam daripada bahasa arab. Contohnya al-jannah
yang bermaksud sebuah taman yang indah.
Laras bahasa sukan
·
Maklumat
berkaitan sukan
·
Bahasa
ringkas dan bersahaja
Laras bahasa sastera
·
Kreatif
dan imaginatif
·
Mementingkan
penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
Laras bahasa ekonomi
·
Berbentuk
ilmiah
·
Bersifat
formal
·
Setiap
fakta yang disampaikan berdasarkan bukti
Laras bahasa akademik
·
Digunakan
dalam bidang ilmiah, bersifat formal
Setiap laras bahasa di atas menggunakan gaya bahasa yang berlainan
dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment