Wednesday, 26 April 2017

TERJEMAHAN TEKS


Assalamualaikum w.b.t

Seharian ana takda kelas harini alhamdulillah tapi seharianlah jugaklah ana bertapa dalam PTSL ni sebab assignment nya masyaAllah cenggini haa👍. Acah-acah duduk PTSL macam budak-budak educated gila laa kan, buku bertimbun bagi selerak sikit atas meja haha padahal hurmm hampeh😫 mati laa nak baru tau nak membusykan diri..so dekat bawah ni ana ada share sikit terjemahan petikan yang kita dah buat dalam tutorial. Rajin-rajinlah baca dan komen sebab kesalahan banyak lagi tu..nak kutuk pun ana tak kisah hahaha😄😄


Bawah ni terjemahan yang ana dah buat. Maaflah ana hanya manusia biasa yang tak pernah lekang melakukan kesalahan ye dok. Moh2 ler kita semua baiki mana yang salah yer😉


Budak Lelaki dan Penjual Runcit

Seorang budak lelaki telah pergi ke kedai runcit untuk membeli kurma sebanyak 60 dirham.
Maka penjual itu pun memberikan kurma seperti yang diminta tetapi timbangan kurma itu tidak mencukupi/tidak sama seperti yang diminta.
Budak  itu pun bertanya: Wahai si penjual, mengapakah kurma ini berkurang timbangannya?
Kemudian penjual itu pun menjawab: Untuk memudahkan kamu membawanya.
Selepas itu, budak lelaki itu pun memberikan  kepada si penjual wang sebanyak 50 dirham.
Lalu penjual bertanya: Harga kurma ini ialah 60 dirham, mengapa wangnya tidak cukup?
Supaya mudah untuk kamu mengira wang ini, kata budak lelaki itu.

Sekian sahaja daripada ana..salam dari ptsl haha👼


 *posted by : ku nursabrina binti ku md. akhir 😵

No comments:

Post a Comment

SHERLOCK HOLMES' GAME

Pada minggu kedua akhir tutorial Terjemahan Arab-Melayu-Arab I yang dikendalikan oleh ustazah Firuz Akhtar, kami dikehendaki oleh ustazah un...