Sunday, 30 April 2017

الصوم ركن من أركان الإسلام

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang

Cuti-cuti ni buat apa ja antum semua..mesti bosan kan dok terperuk dalam bilik ja, bagi orang yang yang tak aktif macam aku ni dok 'mengulaq' ja laa walaupun banyak tugasan tak setel, tapi rileks2 dulu acah2 macam semua dah setel hahaha..tak payah nak stress sangat lah hidup tu. Bak kata pengetua kolej aku "enjoy your problem"..haa  tengah enjoy laa ni. Tunggu nak submit baru nak celapak bangkit buat itu perkara biasa kan..hurmm sajalah alang-alang tengah online aku terjumpa satu karangan ni ustaz mana entah aku ciplak. Puasa pon dah nak dekat, so aku pon terlintas nak share karangan ustaz ni. Selamat membacalah antum semua, senang ja teks dia hahaha. Antum semua dah ganti puasa belum hihi 


الصوم ركن من أركان الإسلام

الصَّوْمُ رُكْنٌ مِنْ أرْكاَنِ الإسلامِ . الصَّوْمُ مِنْ كلمة صامَ يصُومُ صُمْ صَوْماً صِياماً . الصوم فِي اللغة هوالإمْسَاكُ عَنْ الشَّىْء و أما في الشَّرْعإمْسَاكٌ عَنْ شَهْوتَي الفَرْج والبَطْن مِنْ الفَجْرِ الى غُرُوبِ الشَّمْسِ مَع النّيَّة
و دَليلٌ عَلى وُجُوبِ الصّوم قَدْ ثبَتَ في الكِتَاب والسُّنةِ و إجمَاع الأمة .و قَوْلُه تعالى في السورة البقرة :183
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ "     
وفي الحديث الصحيح :
 " بُنِي الإسلامُ عَلى خَمْسٍ شَهادةِ أنْ لا اله إلا الله و أنَّ محمداً رسول الله و أقامِ الصلاة و إيتاءِ الزّكاة و حَجِّ البَيْتِ و صَومِ رمضانَ " رواه البخاري ومسلم
قَدْ فَرضَ الله في السنَةِ الثانية للجهرة وهو عِبادةٌ تَطْهِير النَّفْسِ و سُمُو للرُّوح و صحة الجسمِ و مَنْ قام بهِ امْتِثَالاً لأمْرِ الله وابْتِغَاءِ مَرْضاتِه وكانَ تَكْفِيرًا لِسيَّئاتِه و سَبَبا لدُّخُول الجنة و قال رسول الله : مَنْ صَامَ رَمضانَ اِيْمانًا واحْتِسابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ 

الصَّوْمُ لَهُ آثارٌ كبيرٌ و مُهِمٌّ في حياةِ المسلمِ
أولاً : الصوم يُؤدّي الى الْمُجاهَدَةِ و تَزْكِيَّةِ النّفْسِ عَن الصّفاتِ الْمَذمُومَة والقَبِيحَة فِي نُفُوسِ المسلمين مثل الرّيَاء والعُجُب والتَّكبُّر . و هذا يُؤدّى الى النَّجَاحِ والفَلاح في حيَاتِهِمْ كما قوله تعالى في السورة الشمس :
" قدْ أفلحَ منْ زكّاها

ثانياً : الصوم أيضا يَدُلُّ على عُبُودِيَّةِ الإنِسَان الى خَالِقِه وهُو بإتْبَاعِ أوَامِرِ الله و سُنَنِ رَسُولِه

ثالثا : الصوم يؤدي الى الصّحَة وهو بِرَاحَةِ الأبِدَانِ مِنْ الأكْلِ والشُّرْبِ. فالْمَعِدَة فِي حَاجَةٍ الى رَاحَةٍ أسْبُوعِيّةٍ أو شَهْرِيَّةٍ . اذَنْ الصومُ هو طرِيْقٌ خاصٌ و مٌهِمٌّ لِوُصُول الى هَذا الْهَدَفِ .وحقًا كَما قول رسول الله صلى الله عليه وسلم " صُومُوا تَصِحُّوا

رابعًا : بالصَّوْمِ يَستَطِيْعُ الإنسَانُ الابتِعَادِ عَنْ الأمْرَاض وذلك بالتَقْلِيْلُ مِنْ الأطْعِمةِ و الرَّاحةُ الكَافِيَّةُ للمَعِدَّة وتَناوَلُ الأغْذِيَّةِ الْمُتَوازِنَة

وبِحُضُورِ رَمضانَ يُضَاعِفُ المسلمون بالعِبادات الله ومِنْهُمْ يُصلّون التراوِيحَ في المْسجِد و يَتَدارَسُون القراءن ويُجالِسُون مَجالِسَ العلم و يُفطِرْون جَماعِياً . وخُلاصَةُ الكلامِ ، الصَّوْمُ مُفِيدٌ و نَافِعٌ في حَياةِ المسلم لِيَكُونَ رَجُلاً مؤمِنًا سليِماً قَوِيّاً.

Terjemahan


Berpuasa satu Rukun daripada Rukun Islam

Berpuasa adalah satu rukun daripada rukun-rukun Islam. Berpuasa dari sudut bahasa bermakna menahan . Berpuasa (صوم ) diambil dari kata dasar (صام– صيام) Dari sudut syarak pula iaitu menahan kedua syahwat kemaluan dan perut dari fajar hingga ke terbenam matahari beserta niat

Dalil atau bukti kewajipan berpuasa telah sabit di dalam kitab Al Quran , hadis nabi dan Ijmak . Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 183 yang bermaksud " wahai orang yang beriman telah diwajibkan keatas kamu berpuasa seprtimana telah diwajibkan keatas mereka sebelum kamu moga kamu menjadi orang yang bertakwa "

Di dalam hadis pula sabda nabi SAW " Telah didirikan Islam atas 5 (rukun) iaitu bersyahadah (bersaksi) sesungguhnya tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan mendirikan solat, mengeluarkan zakat, haji dan puasa dalam bulan Ramadhan “ riwayat bukhari muslim

Sesungguhnya Allah telah mewajibkan (puasa) pada tahun ke-3 Hijrah dan ia adalah satu ibadah untuk membersihkan jiwa, menguatkan roh dan kesihatan badan. Sesiapa melaksanakannya kerana mematuhi perintah Allah dan mencari keredhaanNya , maka ia menghapuskan keburukan dan menjadi sebab untuk memasuki syurga. Bersabda Rasulullah “ Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kepatuhan diampunkan baginya apa-apa dosa yang terdahulu “

Berpuasa mempunyai kesan yang besar dan penting dalam kehidupan manusia

Pertama ; Berpuasa membawa kepada mujahadah dan penyucian jiwa dari sifat tercela dan buruk dalam diri muslim seperti riak, bangga diri dan takabbur. Ini akan membawa kepada kejayaan dalam kehidupan mereka seperti mana firman Allah “ Sesungguhnya berjayalah sesiapa memberishkannya (jiwa/hati)”

Kedua ; Berpuasa juga menunjukkan pengabdian manusia kepada penciptannya iaitu dengan mengikuti suruhan Allah dan sunnah Rasulnya

Ketiga ; Berpuasa membawa kepada kesihatan iaitu dengan merehatkan tubuh badan dari makan dan minum. Perut memerlukan kepada rehat (dari bekerja) samada mingguan atau bulanan. Jadi berpuasa adalah jalan atau cara khusus dan penting untuk mencapai kepada matlamat ini. Benarlah seperti sabda Nabu SAW “ berpuasalah kamu, kamu akan sihat”

Keempat ; Dengan berpuasa manusia mampu menjauhkan diri dari penyakit iaitu dengan cara mengurangkan makan dan perut mendapat rehat yang cukup dan mengambil makanan seimbang.
Dengan kehadiran ramadhan kaum musliman menggandakan ibadah keada Allah . Sebahagian mereka menunaikan solat terawih di masjid, mentadarus al Quran, duduk dalam majlis ilmu dan berbuka puasa secara berjemaah

Akhir kata, berpuasa itu berfaedah dan bermanfaat dalam kehidupan seorang Islam untuk menjadi seorang lelaki yang beriman, sejahtera dan kuat


Wassalam


😵posted by : ku nursabrina binti ku md.akhir*

No comments:

Post a Comment

SHERLOCK HOLMES' GAME

Pada minggu kedua akhir tutorial Terjemahan Arab-Melayu-Arab I yang dikendalikan oleh ustazah Firuz Akhtar, kami dikehendaki oleh ustazah un...