Thursday, 25 May 2017

PUISI


Dalam kelas tutor minggu lepas ustazah Firuz mengajar berkaitan bagaimana hendak menterjemah puisi ke dalam bahasa Melayu. Langkah - langkah untuk menterjemahkannya cuma ikut beberapa step saja iaitu :-

1- Cari perkataan yang kita tidak tahu dan cari maksudnya menggunakan medium yang sering kita gunakan seperti mu'jam atau kamus elektronik dan sebagainya.

2- Kemudian kita perlu fahamkan  jalan cerita ( puisi ) dengan sebaiknya

3- Yang terakhir barulah kita tulis semula terjemahan mengikut kreativiti sendiri dengan tepat.

Tiga step ini perlu kita ingat ketika menterjemah puisi .

Di bawah ini saya sertakan contoh terjemahan puisi yang telah dilakukan di dalam kelas yang lalu.






الغر ب والشرق


كان شيء يمتد في نفق التاريخ
شيء مزين ملغوم
حاملا طفله من النفط  مسموما 
يغنيه تاجر مسموم
,كان شرق كالطفل يسأل 
يستصرخ
والغرب شيخه المعصوم
بدلت هذه الخريطة 
فالكون حريق 
والشرق والغرب قبر
واحد
....من رماده ملموم






Terjemahan melayu :

TIMUR DAN BARAT


Di sana suatu yang menetap,
Di sepanjang terowongan sejarah,
Suatu yang dihias dan diserang,
Membawa bayi dari minyak berbisa,
Dengan saudagar beracun yang mendendangkan
lagu- lagu yang memikat,

Di sana timur laksana seorang kekanak,
Meminta dan melaungkan pertolongan,
Dengan barat tuannya yang maksum,
Peta telah diubah,
Seluruh dunia menjadi api,
Maka abu,
Timur dan barat berkumpul

Dalam satu pusara......



* posted by sufi aina bt sadri


FRASA IDIOMATIK


Image result for frasa idiomatik



Frasa Idiomatik

Frasa idiomatik dalam bahasa Arabnya dipanggil al-'ibarah al-istilahiyyah'.


" Frasa ini terbina daripada paduan dua perkataan atau lebih dan mengandungi makna khusus yang tidak mungkin dapat disimpulkan daripada makna perkataan-perkataan yang membentuknya dan kerana dikatakan bahawa frasa-frasa ini tidak telus (Yu'il Yusuf Aziz et.al1981: 43)"

Frasa idiomati terbahagi kepada 3 jenis, iaitu: 


  1. Frasa Kata Kerja
    Contoh : أطلق ساقيه للريح yang membawa maksud جرى وهرب (lari/melarikan diri)
  2. Frasa Nama
    Contoh :خفيف الظل membawa maksud ظريف مرح (riang/ceria)
  3. Frasa Sendi

    Contoh : برمّته dengan makna كلّه وجميعه (semua sekali)  



*posted by ku nursabrina binti ku md. akhir

Wednesday, 24 May 2017

CERITA PENDEK

SINGA DAN TIKUS



Image result for tikus dan singa


الأَسَدُ وَ الفَأْرُ

كَانَ أَسَدٌ نَائِمًا فَأَتَى فَأْرٌ وَ مَشَى عَلَى رَأْسِهِ. فَهَبَّ مِنَ النَوْمِ غَضَبَانِ. وَقَبَضَ عَلَى الفَأْرِ لَيَقْتُلَهُ. فَبَكَي الفَأْرُ وَ تَضَرَّعَ. حَتَّى رَقَّ لَهُ قَلْبَ الأَسَدِ وَ خِلَى عَنْهُ. وَ ثَانِى اليَوْمَ وَقَعَ الأَسَدُ فَي شَرِكِ نَصْبِهُ لَهُ الصَيَادُوْنَ. فَصَرَخَ وَزَأَرَ حَتَّى سَمِعَهُ ذَلِكَ الفَأْرُ. فَأَسْرَعَ لِمُسَاعَدَتِهِ. وَ قَالَ لَهُ لَا تَخَفْ وَ أَخْلَّصُكَ. وَ شَرَعَ يُقْرَضُ الحَبْلَ بِأَسْنَانِهِ الحَادَّةِ. حَتَّى قَطَعَهَ وَخَرَخَ الأَسَدُ سَالَمًا. وَشَكَرَا شُكْرَهُ كَثِيْرٍا. ثُمَّ قَالَ لَهُ " مَا كُنْتَ أَحْسَبُ أَنَّ حَيَوَانًا ضَعِيْفًا مِثْلُكَ. وَ يَقَدِرُعَ عَلَى مَا لَا أَقْدِرُ عَلِيْهِ أَنَا". فَأَجَبَ الفَأْرُ " لَا تَخْتَقِرْ مَنْ دُوْنَكَ فَلِكُلَّ شَيْءٍ مَزِيِة"

:Terjemahannya


SINGA DAN SEEKOR TIKUS

Pada suatu hari ada seekor singa yang sedang tidur nyenyak. Kemudian datanglah seekor tikus dan berjalan di atas kepalanya sehingga membuat singa itu terbangun daripada tidurnya dengan marah. Singa tersebut semakin marah dan ingin membunuh tikus tersebut.
Menangislah tikus tersebut dengan rasa pasrah sehingga membuat hati singa tersebut tersentuh sehingga membuat singa tersebut pergi meninggalkan tikus.
Pada hari berikutnya, singa tersebut terperangkap di dalam jaring yang dipasang oleh seorang pemburu. Kemudian dia merintih dengan suara rintihan sehingga terdengar oleh tikus yang telah ditolong oleh singa. Tikus tersebut secepatnya pergi untuk menolong singa yang terperangkap.
Tikus pon berkata kepada singa “ Janganlah kamu takut dan saya akan menolongmu”. Dengan cepat tikus tersebut menggigit tali jaring dengan giginya yang kuat. Maka terputuslah tali tersebut dan keluarlah singa tersebut dengan selamat. Singa tersebut berterima kasih terhadap apa yang telah dilakukan oleh tikus tersebut.
Kemudian berkatalah singa tersebut kepada tikus “ Saya tidak pernah menghargai haiwan kecil sepertimu. Tetapi ia memiliki kelebihan yang tidak saya miliki seperti dia”
Tikus tersebut menjawab “Janganlah kamu meremehkan sesuatu yang lain dari dirimu, kerana setiap sesuatu itu memiliki kelebihannya masing-masing”



posted by ku nursabrina binti ku md. akhir * 

KATA-KATA IMAM SYAFIE

SABAR ITU PENTING


Image result for contoh teks bahasa arab


Imam Syafie rahimahullah berkata ,

اصبر على النبئبات واستعد بالله من النار بالتقوى

Maksudnya :

"Bersabarlah terhadap berbagai-bagai musibah dan mohonlah perlindungan kepada Allah dari nerakadengan bertakwa"




*posted by ku nursabrina binti ku md. akhir😵


Thursday, 18 May 2017

Terjemahan Kata Ganti Nama

Menterjemah Kata Ganti Nama


Kata Ganti Nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang misalnya dia, saya dan kamu.

Dalam konteks pembelajaran kita dibahagikan Kata Ganti Nama kepada dua iaitu :
  •         Kata Ganti Nama Arab
  •         Kata Ganti Nama Melayu

Kata Ganti Nama Arab

Kata Ganti Nama Arab juga dibahagikan kepada dua kategori iaitu :
  • ·         Kata Ganti Nama bagi Lelaki  (مذكر)
  • ·         Kata Ganti Nama bagi Perempuan (موئنث)

CONTOH AYAT
KATA GANTI NAMA
هو يساعد المعلم         = Dia (lelaki) membantu guru  
هو
هما يساعدان المعلم     = Dia (2 orang lelaki) membantu                                      guru
هما
هم يساعدون المعلم     = Dia (ramai lelaki) membantu                                        guru
هم
هي تساعد المعلم        = Dia (perempuan) membantu                                          guru
هي
هما تساعدان المعلم     = Dia (2 orang perempuan)                                              membantu guru
هما
هن يساعدن المعلم      = Dia (ramai perempuan)                                                  membantu guru
هن
انت تساعد المعلم        = Kamu (lelaki) membantu guru
انت
انتما تساعدان المعلم    = Kamu (2 orang lelaki)membantu                                    guru
انتما
انتم تساعدون المعلم    = Kamu (ramai lelaki) membantu                                      guru
انتم
انت تساعد المعلم        = Kamu (perempuan) membantu                                      guru
انت
انتما تساعدان المعلم    = Kamu (2 orang perempuan)                                            membantu guru
انتما
انتن تساعدن المعلم     = Kamu (ramai perempuan) membantu guru
انتن
انااساعد المعلم           = Saya (lelaki/perempuan)                                               membantu guru
انا
نحن نساعد المعلم       = Kami/kita membantu guru
نحن



Kata Ganti Nama Melayu


Image result for kata ganti nama diri


*posted by ku nursabrina binti ku md. akhir😵

Teknik Menterjemah Peribahasa



Peribahasa Melayu

Peribahasa Melayu terbahagi kepada 4 jenis iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah.



Image result for peribahasa


Teknik Menterjemah Peribahasa

1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.

Contoh :   

  • قبل الرمي يراش الشهم diterjemahkan kepada sediakan payung sebelum hujan.

2. Menggunakan teknik pinjam terjemah

Contoh :
  • ماءالوجه  diterjemahkan terus kepada air muka
  • عَيْنُ القلبِ diterjemahkan kepada mata hati
  • شهر العسل  diterjemahkan kepada bulan madu

 3. Teknik memperjelas makna

   Contoh :

  •    Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة     
  •      Airline diperjelas menjadi syarikat penerbangan yang dalam bahsa Arabnya dipanggilشركة خطوط جوّية/هوائية 

4. Proses gantian peribahasa

Contoh :
  • هديّة تذكارية  diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati.
  •   حيض diterjemahkan kepada haid / datang bulan.


*posted by ku nursabrina binti ku md. akhir😵





Wednesday, 17 May 2017

عيد المعلمين

Assalamualaikum

Selamat Hari Guru diucapkan kepada ustazah yang mengajar saya dan rakan-rakan. 





يوم المعلم

 اتفق العالم وكنوع من أنواع التكريم للمعلمين على الاحتفال بهم في الخامس من أكتوبر
 من كل عام، وقد بدأ هذا الاحتفال منذ العام ألف وتسعمئة وأربعة وتسعين ميلادية، غير أنّ هذا الموعد هو موعد متغيّر من دولة إلى دولة أخرى، إذ تحتفل قرابة مئة دولة حول العالم بهذا اليوم الهام



 يهدف يوم المعلم أساساً إلى تكريم المعلمين وتعظيم شأنهم في مجتمعاتهم، كما ويهدف أيضاً إلى معرفة احتياجاتهم وتوفيرها لهم من أجل أن يؤدوا رسالتهم على أكمل وجه وأتم صورة ممكنة، ومن الأمور الهامة التي يهدف إليها أيضاً يوم المعلم الارتقاء بمهنة التعليم بشكل كامل والنهوض بها، فكما هو معروف فقد تراجعت هذه المهنة في العديد من مناطق العالم خاصة في تلك المناطق التي تعاني من الفقر الشديد والتي لا يجد فيها الناس قوت يومهم، ممّا فوّت الفرصة عليها للنهوض واللحاق بركب الحضارة والأمم



*posted by ku nursabrina binti ku md. akhir😵

Monday, 15 May 2017

Seorang bijaksana ditanya,
"Kenapa langit bersih?".
Beliau tersenyum lalu menjawab,
"Kerana manusia tidak tinggal di sana".
 

Andai seorang hamba dianugerahkan rezeki berupa dunia dan seisinya, lalu si hamba mengucapkan "Alhamdulillah", maka sesungguhnya ilham kurniaan Allah kepada hamba tersebut untuk mensyukuri nikmat dengan ucapan "Alhamdulillah" itu, adalah lebih baik dan lebih agung dari anugerah keduniaan tersebut, kerana sesungguhnya kenikmatan dunia akan fana, sedang pahala mensyukuri nikmat akan berkekalan..

Aku memohon ampun Ya Allah dengan apa yang telah mata ku lihat.

Aku memohon ampun Ya Allah dengan apa yang telah telingaku dengar.

Aku memohon ampun Ya Allah dengan apa yang telah aku katakan dengan mulutku.

Aku memohon ampun Ya Allah terhadap apa yang telah tanganku sentuh.

Aku memohon ampun Ya Allah dengan ke mana saja kakiku melangkah.

Sunday, 14 May 2017

Keaiban pada Diri Kita

Assalamualaikum and hi everybody..

Well long time tak bersua and aku dah mula rasa macam hurmm matilanakkk! harini rasa macam nak cakap loghat sendiri ja. takpa kan bukan selalu nak cakap kedah, sembang ngan kawan2 pon dok pedo2 (cover) naik berbulu aku..hahahha

Hampa oiii nak exam tak lambat dah wei, dengan tugasan2 yang uii manyaknyee mak oii hang tak buat lagi..hahaha ambik hang lah padan muka sapa suruh tangguh..mak aku pesan 'jangan dok tangguh la qeja2 cikgu bagi, buat cepat2 nak keluaq berjalan pon senang, xyah dok pikiaq dah qeja tu hahaha'..mak aku pon paham aku suka berjalan tapi nak buat macam mana kan, dok sini xdak transport sendiri. naik bas ja oii. nak up sikit naik ktm, lrt, uber bagai tu hahhaha..its okay lah best jugak..mana lagi nak dapat naik semua tu. balik  kampung dah xdak semua tu hurmmm rapid pon xdak..koman spana betoi😆

tapi aku chill ja..dok tension2 buat pa noh. standard la life student  👀
nak marahkan sapa nak bising2 kat sapa kalau semua tu berpunca dari diri sendiri..hadap ja la kan hew heww..orang kata life student ni gila busy, program itu ini, meeting sana sini tapi tu semua mitos ja aku rasa.. but maybe untuk orang yang wow hebat super duper tu mungkinlah kot. aku yang katak bawah tempurung ni bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing hahaha betoi dak xtau peribahasa aku ni, main tembak ja ni xlah rasa life aku ni sibuk sgt pon.. adalah hari2 yg rasa penat tahap terterap tu normallah hahaha..tapi kalau boleh main phone belek2 sampai dua tiga jam, tiga empat pagi tu mana datangnya istilah "busy" tu..so aku just put the blame on me on myself ja . chill 😉

hahaha asyik chill chill ja,,sedar tak esok hang yang nak  merana oii kah kah kah

SEDAR TAPI TAK BERTINDAK. itu bodoh nama dia

so aku nak share lah sikit satu syair ni dari Imam Syafie untuk renungan kita semua.

benda ni sebenarnya main yang aku nak share harini, yang aku dok beletiaq panjang2 (membebel) kat atas tu buat apa. hampa pon baca hahahaha😂






Kita kerap menyalahkan zaman ini, sedang keaiban sebenar adalah pada diri kita, tidak ada sebarang aib pada pada zaman kita kecuali diri kita sendiri.

Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah dilakukannya. Kalau zaman ini mengatur kata, pasti ia mencaci dan mencemuh kita kembali.

Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk yang mana kita sebenarnya memperdaya Yang Maha Melihat kita.

Sang serigala tiadalah pernah memakan daging raknnya, sedangkan kita kerapkali memakan daging sesama sendiri.


tu ja. bacalah dan pahamkanlah bait-bait syair ni..mendalam maksud dia.

selamat maju jaya❤

Wassalamualaikum.


*posted by ku nursabrina binti ku md. akhir😵





Tuesday, 9 May 2017

MENTERJEMAH FUNGSI AYAT

Assalamualaikum

Selamat Hari Guru diucapkan kepada ustazah yang mengajar saya dan rakan-rakan. 





يوم المعلم

 اتفق العالم وكنوع من أنواع التكريم للمعلمين على الاحتفال بهم في الخامس من أكتوبر
 من كل عام، وقد بدأ هذا الاحتفال منذ العام ألف وتسعمئة وأربعة وتسعين ميلادية، غير أنّ هذا الموعد هو موعد متغيّر من دولة إلى دولة أخرى، إذ تحتفل قرابة مئة دولة حول العالم بهذا اليوم الهام



 يهدف يوم المعلم أساساً إلى تكريم المعلمين وتعظيم شأنهم في مجتمعاتهم، كما ويهدف أيضاً إلى معرفة احتياجاتهم وتوفيرها لهم من أجل أن يؤدوا رسالتهم على أكمل وجه وأتم صورة ممكنة، ومن الأمور الهامة التي يهدف إليها أيضاً يوم المعلم الارتقاء بمهنة التعليم بشكل كامل والنهوض بها، فكما هو معروف فقد تراجعت هذه المهنة في العديد من مناطق العالم خاصة في تلك المناطق التي تعاني من الفقر الشديد والتي لا يجد فيها الناس قوت يومهم، ممّا فوّت الفرصة عليها للنهوض واللحاق بركب الحضارة والأمم



*posted by ku nursabrina binti ku md. akhir😵

SHERLOCK HOLMES' GAME

Pada minggu kedua akhir tutorial Terjemahan Arab-Melayu-Arab I yang dikendalikan oleh ustazah Firuz Akhtar, kami dikehendaki oleh ustazah un...