Wednesday, 14 June 2017

PROSES PENTERJEMAHAN

Pada pendapat saya, pemilihan teks perlulah melalui proses membaca dan menganalisis teks supaya sesuatu penterjemahan itu dapat dilakukan dengan betul dan jelas. Bidang yang diberikan kepada penterjemah perlulah sesuai mengikut kefahamannya. Hal ini dapat mengelakkan daripada berlakunya percanggahan fakta yang tidak betul. Pada zaman sekarang ini, ramai orang di luar sana memerlukan kepada penterjemahan ilmu yang sahih dan jelas. Proses pertama iaitu membaca perlu kepada penelitian dan kefahaman yang mendalam. Kedua, memilih sesuatu teks itu untuk diterjemah menggunakan panduan yang khusus seperti kamus. Kamus dapat membantu menterjemah sesuatu ayat itu dengan mudah.
Selain itu, penterjemah boleh membina semula ayat menggunakan perkataan atau teks yang sudah diterjemah itu. Hal ini dapat melatih penterjemah supaya peka terhadap sesuatu ayat dan menyusun ayat dengan baik. Kemudian, penterjemah perlu menyemak semula teks yang sudah diterjemah supaya dapat mengelakkan kesalahan-kesalahan makna dalam menterjemah sesuatu teks atau ayat. Penterjemah boleh berjumpa dengan pakar penterjemah yang mempunyai pengalaman yang luas supaya mereka dapat membantu penterjemah untuk menterjemah teks dengan baik. Akhir sekali, bukan mudah untuk menjadi seorang penterjemah jika tidak kena pada caranya. Seseorang penterjemah itu perlu mempunyai usaha yang gigih dan jujur dalam menterjemah sesuatu ilmu.
Sekian daripada saya.
*Posted by Khairatul Madiha binti Maslan*

No comments:

Post a Comment

SHERLOCK HOLMES' GAME

Pada minggu kedua akhir tutorial Terjemahan Arab-Melayu-Arab I yang dikendalikan oleh ustazah Firuz Akhtar, kami dikehendaki oleh ustazah un...