Sunday, 30 April 2017

الصوم ركن من أركان الإسلام

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang

Cuti-cuti ni buat apa ja antum semua..mesti bosan kan dok terperuk dalam bilik ja, bagi orang yang yang tak aktif macam aku ni dok 'mengulaq' ja laa walaupun banyak tugasan tak setel, tapi rileks2 dulu acah2 macam semua dah setel hahaha..tak payah nak stress sangat lah hidup tu. Bak kata pengetua kolej aku "enjoy your problem"..haa  tengah enjoy laa ni. Tunggu nak submit baru nak celapak bangkit buat itu perkara biasa kan..hurmm sajalah alang-alang tengah online aku terjumpa satu karangan ni ustaz mana entah aku ciplak. Puasa pon dah nak dekat, so aku pon terlintas nak share karangan ustaz ni. Selamat membacalah antum semua, senang ja teks dia hahaha. Antum semua dah ganti puasa belum hihi 


الصوم ركن من أركان الإسلام

الصَّوْمُ رُكْنٌ مِنْ أرْكاَنِ الإسلامِ . الصَّوْمُ مِنْ كلمة صامَ يصُومُ صُمْ صَوْماً صِياماً . الصوم فِي اللغة هوالإمْسَاكُ عَنْ الشَّىْء و أما في الشَّرْعإمْسَاكٌ عَنْ شَهْوتَي الفَرْج والبَطْن مِنْ الفَجْرِ الى غُرُوبِ الشَّمْسِ مَع النّيَّة
و دَليلٌ عَلى وُجُوبِ الصّوم قَدْ ثبَتَ في الكِتَاب والسُّنةِ و إجمَاع الأمة .و قَوْلُه تعالى في السورة البقرة :183
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ "     
وفي الحديث الصحيح :
 " بُنِي الإسلامُ عَلى خَمْسٍ شَهادةِ أنْ لا اله إلا الله و أنَّ محمداً رسول الله و أقامِ الصلاة و إيتاءِ الزّكاة و حَجِّ البَيْتِ و صَومِ رمضانَ " رواه البخاري ومسلم
قَدْ فَرضَ الله في السنَةِ الثانية للجهرة وهو عِبادةٌ تَطْهِير النَّفْسِ و سُمُو للرُّوح و صحة الجسمِ و مَنْ قام بهِ امْتِثَالاً لأمْرِ الله وابْتِغَاءِ مَرْضاتِه وكانَ تَكْفِيرًا لِسيَّئاتِه و سَبَبا لدُّخُول الجنة و قال رسول الله : مَنْ صَامَ رَمضانَ اِيْمانًا واحْتِسابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ 

الصَّوْمُ لَهُ آثارٌ كبيرٌ و مُهِمٌّ في حياةِ المسلمِ
أولاً : الصوم يُؤدّي الى الْمُجاهَدَةِ و تَزْكِيَّةِ النّفْسِ عَن الصّفاتِ الْمَذمُومَة والقَبِيحَة فِي نُفُوسِ المسلمين مثل الرّيَاء والعُجُب والتَّكبُّر . و هذا يُؤدّى الى النَّجَاحِ والفَلاح في حيَاتِهِمْ كما قوله تعالى في السورة الشمس :
" قدْ أفلحَ منْ زكّاها

ثانياً : الصوم أيضا يَدُلُّ على عُبُودِيَّةِ الإنِسَان الى خَالِقِه وهُو بإتْبَاعِ أوَامِرِ الله و سُنَنِ رَسُولِه

ثالثا : الصوم يؤدي الى الصّحَة وهو بِرَاحَةِ الأبِدَانِ مِنْ الأكْلِ والشُّرْبِ. فالْمَعِدَة فِي حَاجَةٍ الى رَاحَةٍ أسْبُوعِيّةٍ أو شَهْرِيَّةٍ . اذَنْ الصومُ هو طرِيْقٌ خاصٌ و مٌهِمٌّ لِوُصُول الى هَذا الْهَدَفِ .وحقًا كَما قول رسول الله صلى الله عليه وسلم " صُومُوا تَصِحُّوا

رابعًا : بالصَّوْمِ يَستَطِيْعُ الإنسَانُ الابتِعَادِ عَنْ الأمْرَاض وذلك بالتَقْلِيْلُ مِنْ الأطْعِمةِ و الرَّاحةُ الكَافِيَّةُ للمَعِدَّة وتَناوَلُ الأغْذِيَّةِ الْمُتَوازِنَة

وبِحُضُورِ رَمضانَ يُضَاعِفُ المسلمون بالعِبادات الله ومِنْهُمْ يُصلّون التراوِيحَ في المْسجِد و يَتَدارَسُون القراءن ويُجالِسُون مَجالِسَ العلم و يُفطِرْون جَماعِياً . وخُلاصَةُ الكلامِ ، الصَّوْمُ مُفِيدٌ و نَافِعٌ في حَياةِ المسلم لِيَكُونَ رَجُلاً مؤمِنًا سليِماً قَوِيّاً.

Terjemahan


Berpuasa satu Rukun daripada Rukun Islam

Berpuasa adalah satu rukun daripada rukun-rukun Islam. Berpuasa dari sudut bahasa bermakna menahan . Berpuasa (صوم ) diambil dari kata dasar (صام– صيام) Dari sudut syarak pula iaitu menahan kedua syahwat kemaluan dan perut dari fajar hingga ke terbenam matahari beserta niat

Dalil atau bukti kewajipan berpuasa telah sabit di dalam kitab Al Quran , hadis nabi dan Ijmak . Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 183 yang bermaksud " wahai orang yang beriman telah diwajibkan keatas kamu berpuasa seprtimana telah diwajibkan keatas mereka sebelum kamu moga kamu menjadi orang yang bertakwa "

Di dalam hadis pula sabda nabi SAW " Telah didirikan Islam atas 5 (rukun) iaitu bersyahadah (bersaksi) sesungguhnya tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan mendirikan solat, mengeluarkan zakat, haji dan puasa dalam bulan Ramadhan “ riwayat bukhari muslim

Sesungguhnya Allah telah mewajibkan (puasa) pada tahun ke-3 Hijrah dan ia adalah satu ibadah untuk membersihkan jiwa, menguatkan roh dan kesihatan badan. Sesiapa melaksanakannya kerana mematuhi perintah Allah dan mencari keredhaanNya , maka ia menghapuskan keburukan dan menjadi sebab untuk memasuki syurga. Bersabda Rasulullah “ Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kepatuhan diampunkan baginya apa-apa dosa yang terdahulu “

Berpuasa mempunyai kesan yang besar dan penting dalam kehidupan manusia

Pertama ; Berpuasa membawa kepada mujahadah dan penyucian jiwa dari sifat tercela dan buruk dalam diri muslim seperti riak, bangga diri dan takabbur. Ini akan membawa kepada kejayaan dalam kehidupan mereka seperti mana firman Allah “ Sesungguhnya berjayalah sesiapa memberishkannya (jiwa/hati)”

Kedua ; Berpuasa juga menunjukkan pengabdian manusia kepada penciptannya iaitu dengan mengikuti suruhan Allah dan sunnah Rasulnya

Ketiga ; Berpuasa membawa kepada kesihatan iaitu dengan merehatkan tubuh badan dari makan dan minum. Perut memerlukan kepada rehat (dari bekerja) samada mingguan atau bulanan. Jadi berpuasa adalah jalan atau cara khusus dan penting untuk mencapai kepada matlamat ini. Benarlah seperti sabda Nabu SAW “ berpuasalah kamu, kamu akan sihat”

Keempat ; Dengan berpuasa manusia mampu menjauhkan diri dari penyakit iaitu dengan cara mengurangkan makan dan perut mendapat rehat yang cukup dan mengambil makanan seimbang.
Dengan kehadiran ramadhan kaum musliman menggandakan ibadah keada Allah . Sebahagian mereka menunaikan solat terawih di masjid, mentadarus al Quran, duduk dalam majlis ilmu dan berbuka puasa secara berjemaah

Akhir kata, berpuasa itu berfaedah dan bermanfaat dalam kehidupan seorang Islam untuk menjadi seorang lelaki yang beriman, sejahtera dan kuat


Wassalam


😵posted by : ku nursabrina binti ku md.akhir*

Thursday, 27 April 2017

LARAS BAHASA

Assalamualaikum w.b.t

Hari Jumaat yang penuh barakah ni ana cuma nak kongsi satu perkongsian ringkas sahaja mengenai laras bahasa👇. Secara jujurnya agak membosankan tapi baca lah antum semua sambil menguap hahaha😜

Laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa sama ada secara lisan atau tulisan. Laras bahasa akan sentiasa berubah-ubah mengikut fungsi dan keadaan setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu.
Laras bahasa terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah ;

Laras bahasa biasa
·         Tidak melibatkan sebarang bidang ilmu
·         Struktur ayat yang mudah, ringkas
·         Laras bahasa biasa  = formal & tak formal  
Laras perniagaan
·         Menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan
Laras bahasa sains
·         Bersifat saintifik, intelektual, formal
·         Mementingkan ketepatan fakta
Laras bahasa media massa
·         Tidak mementingkan gaya atau nahu
·         Menggunakan bahasa yang mudah, jelas, ringkas, tepat dan padat
Laras bahasa rencana
·         Bersifat umum, mudah difahami
·         Bersifat melaporkan sesuatu kepada pembaca
Laras bahasa  undang-undang
·         Mempunyai ciri-ciri kelainan tersendiri iaitu tidak mempunyai gambar, jadual atau simbol dan sebagainya.
·         Struktur ayat terdiri daripada prinsip-prinsip undang yang diikuti oleh syarat-syarat dan diakhiri oleh keputusan undang-undang.
·         Tidak  mementingkan struktur ayat tetapi mementingkan kepersisan dan kejelasan, bersifat objektif, terperinci,, tepat dan padat.
Laras bahasa agama
·         Membincangkan isu agama.
·        Menggunakan istilah agama yang dipinjam daripada bahasa    arab. Contohnya al-jannah yang bermaksud sebuah taman      yang indah.
Laras bahasa sukan
·         Maklumat berkaitan sukan
·         Bahasa ringkas dan bersahaja
Laras bahasa sastera
·         Kreatif dan imaginatif
·         Mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
Laras bahasa ekonomi
·         Berbentuk ilmiah
·         Bersifat formal
·         Setiap fakta yang disampaikan berdasarkan bukti
Laras bahasa akademik
·         Digunakan dalam bidang ilmiah, bersifat formal

Setiap laras bahasa di atas menggunakan gaya bahasa yang berlainan dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.



 *posted by : ku nursabrina binti ku md. akhir 😵

Wednesday, 26 April 2017

TERJEMAHAN TEKS


Assalamualaikum w.b.t

Seharian ana takda kelas harini alhamdulillah tapi seharianlah jugaklah ana bertapa dalam PTSL ni sebab assignment nya masyaAllah cenggini haa👍. Acah-acah duduk PTSL macam budak-budak educated gila laa kan, buku bertimbun bagi selerak sikit atas meja haha padahal hurmm hampeh😫 mati laa nak baru tau nak membusykan diri..so dekat bawah ni ana ada share sikit terjemahan petikan yang kita dah buat dalam tutorial. Rajin-rajinlah baca dan komen sebab kesalahan banyak lagi tu..nak kutuk pun ana tak kisah hahaha😄😄


Bawah ni terjemahan yang ana dah buat. Maaflah ana hanya manusia biasa yang tak pernah lekang melakukan kesalahan ye dok. Moh2 ler kita semua baiki mana yang salah yer😉


Budak Lelaki dan Penjual Runcit

Seorang budak lelaki telah pergi ke kedai runcit untuk membeli kurma sebanyak 60 dirham.
Maka penjual itu pun memberikan kurma seperti yang diminta tetapi timbangan kurma itu tidak mencukupi/tidak sama seperti yang diminta.
Budak  itu pun bertanya: Wahai si penjual, mengapakah kurma ini berkurang timbangannya?
Kemudian penjual itu pun menjawab: Untuk memudahkan kamu membawanya.
Selepas itu, budak lelaki itu pun memberikan  kepada si penjual wang sebanyak 50 dirham.
Lalu penjual bertanya: Harga kurma ini ialah 60 dirham, mengapa wangnya tidak cukup?
Supaya mudah untuk kamu mengira wang ini, kata budak lelaki itu.

Sekian sahaja daripada ana..salam dari ptsl haha👼


 *posted by : ku nursabrina binti ku md. akhir 😵

Wednesday, 12 April 2017

KAEDAH TERJEMAHAN

Assalamualaikum w.b.t

Hai bersua lagi antum sekalian.

Alhamdulillah perjalanan sebagai pencari ilmu hari ini smooth ja..mana tak smooth nya kelas dua jam jadi setengah jam ja harini. Dalam hati ni dah menjerit, melompat-lompat keriangan dah bila lecturer lepas awal hurey gitu😆

Jadi dengan rasa gembiranya ana pun bercadang nak menulislah sedikit sementara mood tengah elok ni. Betapa pulak dalam PTSL yang serba indah dan sejuk ni kan, ada lah aura dia datang sikit. Okey tak payah nak mukadimah panjang lebar, petang ni ana nak berkongsi dengan antum semua fasal Kaedah Terjemahan dalam kuliah sebulan yang lalu.😊

Dalam terjemahan ni dia ada beberapa kaedah, tapi ana hanya nak petik seorang tokoh sarjana dalam bidang terjemahan iaitu Mildred L. Larson. Kalau antum semua ingat lagi kita dah pun 'jumpa' dengan tokoh ni dalam tutorial minggu pertama dulu.

Mildred L. Larson, beliau telah membahagikan terjemahan kepada dua iaitu

  • Terjemahan Literal (terjemahan harfiah)
  • Terjemahan Idiomatik (terjemahan makna)

A) TERJEMAHAN LITERAL

Terjemahan literal juga dipanggil sebagai terjemahan harfiah iaitu terjemahan yang bergantung sepenuhnya pada bentuk teks bahasa asal dan cuba untuk menghasilkan bentuk tersebut pada teks bahasa sasaran.

Proses ini sangat berguna dalam proses mempelajari bahasa asing. Di bawah ini disertakan sekali contoh terjemahan literal agar antum semua boleh nampak dengan lebih jelas lagi. 

Contoh Terjemahan Literal

Teks Bahasa Sumber (bahasa asal) (Bahasa Papua New Guinea)
= kan daro

Terjemahan Literal                                         
- Bahasa Inggeris   = Your-name call!         
- Bahasa Arab        = Ismak sih bih!

Alternatif
- Bahasa Inggeris   = What is your name?
- Bahasa Arab        = Ma ismuka?


B) TERJEMAHAN IDIOMATIK

Terjemahan idiomatik ialah terjemahan yang bergantung pada makna teks bahasa sumber.
Dalam kaedah terjemahan jenis ini, para penterjemah perlu berusaha untuk mengekalkan makna teks bahasa sumber dan cuba memindahkan bahasa tersebut ke bahasa sasaran secara natural.

Penterjemah juga tidak boleh konsisten dalam menggunakan terjemahan idiomatik kepada keseluruhan teks bahasa sumber. Ada ketika, mereka juga turut menggunakan terjemahan harfiah.

Ada juga di kalangan penterjemah yang menggunakan kaedah yang terlalu bebas sehingga ia tidak boleh diterima sebagai terjemahan.

Setakat itu sahaja perkongsian ana untuk hari ini. Semoga apa yang dikongsikan ini bermanfaat untuk semua.

Assalamualaikum.


 *posted by : ku nursabrina binti ku md. akhir 😵


Tuesday, 11 April 2017

JENIS-JENIS TERJEMAHAN DAN CIRI-CIRINYA

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum kepada semua 


Berdebar-debar sebenarnya sebab ni merupakan pertama kalinya ana menulis blog, so tak berapa formallah sikit penggunaan bahasa ana ni..main redah ja hahaha😀

Dekat sini ana nak berkongsi dengan antum apa ana faham dalam kuliah minggu lalu, ana pun tak ingat kuliah berapa haha kita ada belajar fasal Jenis dan Kaedah Terjemahan. Jadi dekat sini ana nak berkongsikan sekali lagilah mungkin ada yang dah lupa fasal Jenis Terjemahan dan Ciri-cirinya. 

Pendekkan cerita jenis terjemahan secara umumnya ada dua. Ada dua ja antum semua, tak lebih tak kurang iaitu :


a) TERJEMAHAN SECARA LISAN


b) TERJEMAHAN SECARA TULISAN


Setiap jenis terjemahan ni ada pulak dia punya ciri-ciri terjemahan dia. Ana teruskan dengan ciri-ciri bagi terjemahan lisan dulu lah.

Untuk pengetahuan semua, antara ciri terjemahan secara lisan ialah :

  • dilakukan secara lisan
  • dilakukan secara langsung, tepat dan cepat
  • tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaik kesilapan semasa menterjemah
  • mampu berkomunikasi atau berbicara dengan lancar, fasih dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran
  • berpengetahuan luas
  • mampu mentafsir apa sahaja yang dilontarkan

Kemudian untuk ciri-ciri terjemahan secara tulisan pula ialah :

  • dilakukan secara bertulis
  • mempunyai peluang/kesempatan untuk membaiki kesilapan yang dilakukan
  • kefasihan dalam berbicara tidak menjadi syarat mutlak untuk menterjemah
  • penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang pasif tidak menjadi halangan untuk menterjemah 
Setakat itu dululah perkongsian ana. Seterusnya ana sambung di hari lain haha.
Bukan senang nak jadi penterjemah ni antum semua. Banyak benda banyak aspek yang kita kena mahir kena kuasai, terutamanya untuk terjemahan lisanlah pada pendapat ana. Jadi kalau ada di kalangan antum yang bercita-cita nak jadi penterjemah nanti, pastikanlah semua ciri-ciri tu ada diri antum semua..acewah 😂

Assalamualaikum w.b.t



 *posted by : ku nursabrina binti ku md. akhir 😵

Monday, 10 April 2017

DEFINISI TERJEMAHAN





Bagaimana manusia ingin mengetahui sesuatu bahasa itu sedangkan dunia ini diduduki oleh pelbagai latarbelakang penduduk dan kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam aktiviti seharian. Oleh itu, untuk memahami sesuatu bahasa itu adalah sangat penting untuk kita memahami penyampaian ayat/teks yang ingin disampaikan. Dengan cara apa? dengan kaedah penterjemahan yang akan dihuraikan ...



DEFINISI TERJEMAHAN


Di lihat pada dua aspek ;

1) KAMUS

2) PANDANGAN SARJANA



PANDANGAN SARJANA TENTANG TERJEMAHAN




J.C CATFORD (1965)  " A Linguistic Theory of Translation"


The replacement of textual material in one language ( source language )  by equivalent textual material in another language.

"...Penggantian bahan teks dalam sesuatu bahasa ( bahasa sumber ) dengan bahan yang sepadan dalam bahasa yang lain ( bahasa sasaran )."


FINLAY (1971)

-The process of turning an original or source text into a text in another languages

-A translated version of a text

Berdasarkan definisi ini dapat disimpulkan bahawa seseorang (individu) atau komputer yang melakukan pemindahan teks daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain dinamakan sebagai translator (penterjemah). Manakala disiplin ilmu yang berkaitan dengan perkara terjemahan dikenali sebagai kajian penterjemahan (translation studies).


NIDA & TABER (1974 & 1982)

Merujuk kepada The Theory and Practice of Translation . Nida dan Taber mentakrifkan penterjemahan seperti berikut :


"Translating consists in reproducing in the receptor languages the closest natural equivalent of the source language messages, first in terms of meaning, second in terms of style."

"Menghasilkan semula dalam bahasa sasaran padanan paling hampir dan sesuaidengan bahasa sumber, pertama sekali dari segi maknanya, dan yang kedua dari segi gaya penulisannya."


NEWMARK (1981)

".....usaha menggantikan mesej atau pernyataan yang bertulis dalam satu bahasa dengan mesej atau kenyataan dalam bahasa yang lain."


ROGER T. BELL ( 1991 )

Menurut Bell, terjemahan adalah ungkapan dalam bahasa lain ( bahasa sasaran ) terhadap apa yang telah dinyatakan dan diungkapkan dalam bahasa asal atau sumber dengan memelihara padanan semantik dan juga padanan gaya.

Kesimpulannya, proses menyampaikan segala mesej dalam bahasa sumber dalam bahasa sasaran sebaik mungkin dan mengekalkan mesej dalam bahasa sumber dengan tepat. ciri-ciri kebudayaan yang ada pada teks,  dan gaya penulisan asal.


*posted by sufi aina bt sadri










PROSES PENTERJEMAHAN

Proses menterjemah banyak diolahkan oleh ahli penterjemah yang hebat.

antaranya:-

Nida dan Tiber menerangkan bahawa proses penterjemahan tersebut seperti berikut:

1. Dapatkan teks sumber
2. Analisis teks yang telah dapat tersebut
3. Proses pemindahan teks
4. Penstrukturan semula
5. Teks sasaran

Berikut merupakan proses pemindahan teks yang digunakan oleh kebanyakan tokoh:

1. Teks sumber
2. Analisi
3. Pemindahan
4. Struktur semula
5. Memeriksa
6. Menyemak
7. Menyunting teks
8. Teks sasaran



Penyusunan proses penterjemahan yang baik akan memberi makna dan proses penyampaian daripada teks yang asal akan menjadi jelas serta lebih memahami makna teks tersebut secara keseluruhan.

Proses Analisi ( baca dan faham )

- Proses analisis ini melibatkan pencarian makna melalui kamus dan pengetahuan.

- Makna yang boleh dicari melalui dari sudut perkataan, ayat, serta seluruh wacana.

- Pelbagai juga ciri istimewa baha sumber iaitu peribahasa.

Proses Pemindahan

- Proses pemindahan merupakan satu proses yang amat penting
- Dengan proses ini kita perlu mencari padanan terjemahan yang sesuai dan tepat
- Dipindahkan ke bentuk sasaran
- Ada kalanya berlaku sedikit pemincangan makna dan konotasi

Menstruktur Semula

- Teks perlu distruktur semula mengikut struktur sasaran
- Gaya bahasa memainkan peranan yang penting
- Gaya bahasa yang digunakan hendaklah memudahkan pembaca memahamo teks yang diterjemahkan tersebut
- Struktur ayat hendaklah mudah dan ringkas serta tepat dengan maknanya
- Ayat yang dijelaskan mestilah jelas
- Tanda baca perlu digunakan dengan betul dan baik dari sudut bahasnya


Proses Memeriksa

- Proses ini boleh dilakukan dengan sendiri
- Penterjemahan boleh dilakukan bersemuka dengan pakar bidan terjemahan
- Baca teks dengan lantang dan menghadap dengan orang lain
- Periksa dari ketepatan terjemahan
- Tugas yang sukar kerana apabila berlaku kesilapan pada sesebuah perkataan akan mengubah maksud jalan cerita tersebut

Menyemak

- Menyemak teks boleh dilakukan oleh orang yang lebih mahir
- Tugas pemeriksaan perlu dilakukan secara kerap
- Terks terjemahan dianggap sebuah teks yang berdiri sendiri
- Satu cara untuk menyesuaikan teks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran

Menyunting Teks

Proses menyunting bukan sebahagan daripada proses penterjemahan sebenarnya, tetapi ia penting.

- Teks perlu disunting adalah untuk:
       - Membuang bahan yang tidak diperlukan
      - Mewujudkan gaya seragam sekiranyan teks itu diterjemahkan oleh orang ramai.

Oleh itu, semua proses perlu kita fahami dengan baik agar tugas-tugas penterjemahan dapat dilakukan dengan sempurna serta tepat dengan maknanya. Memeriksa, menyemak dan menyunting ibarat penjamin kualiti bagi faedah dan kegunaan pembaca sasaran.


SHERLOCK HOLMES' GAME

Pada minggu kedua akhir tutorial Terjemahan Arab-Melayu-Arab I yang dikendalikan oleh ustazah Firuz Akhtar, kami dikehendaki oleh ustazah un...